Trans Gunung Nuang Via Janda Baik and descend via Pangsun
05:52Hai gaissssss, lama dah tak update blog hewhew. Sabtu lepas actually sis pergi hiking. haha that was unplanned trip. Like seriously, dia macam eh jom la pergi. NO FITNESS AT ALL. So jangan jadi macam saya haha. Actually yang betul betul plan, nak pergi Nuang via Pangsun ikut group hiking masa sekolah sekali dengan cikgu tapi just mandi manda dekat Lolo jela, but then my another new family which is Kaki Daki, ada trip jugak via Janda Baik sampai summit. Haaa time ni dah dilemma gila dah. So Jumaat malam tu baru deal, buat Trans Gunung Nuang dengan Iylia sebab nak join dedua group jugak haha.
Actually tak tidur sangat pun lah sebab tidur pun dah 1 lebih, then bangun dalam pukul 3 camtu sesiap pesemua and Mr Hawwis datang pickup I kat rumah (aww, you so baik hati datang all the way from Ampang just to pick me up) then pergi Hulu Langat ambil Iylia because he left his car there untuk memudahkan kami balik nanti. And terus jumpa yang lain lain dekat Petronas Gombak and teruskan perjalanan sampai Janda Baikkk. (This time Harris bawak kereta laju namateyy kalah Toretto serious talk masih terbayang cara pemanduan beliau hahaha)
Dalam pukul 6 camtu sampai kaki Gunung Nuang and siap siap solat Subuh berjemaah dekat tapak lapang bawah tu, relax relax kejap tunggu cerah and then baru start hiking dalam pukul 7 macamtu. so yeah mula-mula hiking semuaaaa semangat haha termasuklah diri sendiri. Dalam hati berdebar jugak lah sebab takde hati dah nak repeat Nuang but then i did it! Taktau kene santau dengan apa sampai pergi repeat jugak haha so pagi tu just sediakan mental yang kuat jelah huhu. And before that im so sorry sebab memang tak bawak jam and phone pulak letak dalam plastik and dalam bag, so basically memang tak catat pape masa. Cuma tahu bila start, bila sampai summit and bila masa turun. Tu je, so sorry gaisss. And kitorang hiking in a slow pace. Sangat relax and santai.
After few minutes (or cecah sejam kot) kitorang sampai Chemperoh Waterfallll, lawa gila serious. I enjoyed the view soooo much. I memang jenis yang tak suka mandi mandi so memang duduk diam kat tepi sambil menikmati pemandangan yang sangat lawa. That time, rasa macam taknak sambung hiking hahaha. Buttttttt! sumpah spoil sebab pacat naik kaki. Pacat banyak nak mampos serious, selama ni naik ikut Pangsun, takde satu pun pacat berjaya naik atas kaki walaupun Via Pangsun ada satu checkpoint bernama Kem Pacat. But believe me, takde pacat pun sebenarnya kat situ, so janganlah kome takut sangat dengan nama kem tu hahaha. Nah sis share gambar dekat Air Terjun Chemperoh :)
These are the views and some pictures of us :D
Tadaaaaaa :) Benda yang I paling suka pasal Gunung Nuang is view dia, and sejuukkkkkk haha. I don't know why, but I suka kabus dia, like a lottttt baybehhh. haha benda yang sedih is tak dapat nak lepak lama-lama dengan diorang semua pun sebab I kene sambung turun via Pangsun dengan Iylia. Sangat sangat kejar masa sebab takut tak dapat jumpa diorang kat bawah. After hye hye bye bye dengan diorang semua, kitorang pun start turun. Okay masa turun ni sumpah mental gila tengok trek. Trek Pangsun dah tak macam trek serious! Dekat Pengasih lagi kaki I dah injured :'( Tapi teruskan jela baru kat Pengasih kottt, jauh lagi perjalanan. Sampai Pacat, i can't feel my kaki anymore. Masa tu mental dah rabak habis. Eh no before tu pun dah rabak sangat sangat. Rasa macam nak give up and taknak teruskan anymore. Rasa macam nak duduk bertapa kat situ lama-lama tunggu helikopter amek. Tu yang I rasa that time. But Iylia keep pushing me to continue, so I gagahkan jugak walaupun kaki memang dah macam tulang longlai bergerak hahaha.
Sampai Pacat jumpa Ustaz Asri, borak-borak kejap then teruskan perjalanan ke Kem Lolo. (because i keep pushing myself untuk sampai awal walaupun kaki injured teruk) mental gak lah nak sampai Lolo sebab memang jauhhhhhhh. Dengan kaki macamtu lagi, Bila sampai je Lolo, nampak sungai, I tak fikir pape dah, bukak kasut terus rendam kaki dekat sungai tu. And there jumpa lah kawan-kawan lama masa sekolah. Lama gila dah tak jumpa korang :') but sorry, I didnt take any picture there, sebab sis dah macam zmbie bergerak and dalam kepala hanya fikir nak rest haha. Sana makan sosej yang Yus masak bersama sardin. Taktaula kitorang dalam keadaan lapar teroks ke apa, but sedap kot! hahaha. After few minutes there, kitorang pun teruskan perjalanan turun. Lolo ke bawah ambil masa dalam 2 jam jugak. But, masa start je, seriously kaki dah takleh gerak dah. But I still paksa untuk gerak. Takkan taknak turun kan, dah nak suruh orang dukung? Haaa memang tak hahaha. Soooo, i manage to finish it :') Omaigod terharu dengan diri sendiri :')
Sooo, ni memang gambar "The Succession Of Us" because we manage to finish this Trans Gunung Nuang dalam masa 9 jam (slowest pace) and daypack! Walaupun kaki injured teruk, but still rasa puas sangat dengan achievement ni, and yeah this was my fifth time pergi Gunung Nuang since I was in form 2, and taknak repeat dah. Fullstop. Haha. And akhir kata, Terima kasih pada semua yang terlibat, Thanks Shuk sebab terima Has dalam Keluarga Kaki Daki, And thanks pada semua yang sangat supportive and gives a lot of motivations. And of course, I love you all :) And i'm still dalam rawatan pemulihan kaki. Doakan cepat sembuh because nak ikut diorang pergi Bukit Kutuuuuu, maigod terkilan gila tak dapat pergi :'( So yeahhh, thanks pada yang baca sampai habis, sayang korang haha because I know takkan ada yang nak baca sampai habis. So, byebyeee :) You can DM me in twitter if nak tanya lagi lanjut :D
Got this shirt! Thanks Kaki Daki Family <3 Ohana means family, and we will forever be like a family :')







0 comments